Quarter 3 teramatlah busy study sbb kena ambik 2 subject yg paling susah. Sepanjang Q tak sempat nak berjalan ke mana2 pun, lagipun asyik snowwww jer memanjang. Peak snow kat sini suhu sampai mencecah -15 degree, bulan 5 pun masih nampak snow lagi. Fuhhh, horror betullah hidup kat Sweden time winter hari tu, barulah tahu hujan emas di negeri orang macam mana. Masuk Quarter 4 spring pun bermula. Lawa betullah Goteborg semasa musim bunga hari tu, seluruh bandar dipenuhi bunga-bunga. Ibarat kata seolah2 pokok2 berdaunkan bebunga shj. Matahari pun bersinar lagi, semua org pun jadi ceria. Kitaorg menggunakan masa2 ceria ni sebaik mungkin. Banyak tempat2 dilawati seperti rumah jutawan Sweden, tasik Delsjon, pesta kebudayaan, dan macam2 lagi. We really passing very good time in this season.